SINGGAH SEBENTAR

Tuesday 6 March 2012

kecemerlangan yang diidamkan tercapai jua

potret kenangan konvokesyen fakrul Syahmi di UITM,Shah Alam. Kejayaan perlu diusahakan kerana kejayaan tidak datang bergolek.Banyak pengorbanan perlu dicurahkan.

Monday 5 March 2012

pengorbanan seorang guru

                                                                                                                                                          sentiasa bersedia tidak mengira waktu

kelas malam

Sejak dulu kini dan selamanya kelas malam Bahasa Melayu diadakan. Inilah anak didikku yang menjadi kebanggaan.Semoga berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2012

seronoknya belajar bahasa

Salam sejahtera rakan pembaca,
Siapa kata belajar bahasa membosankan?...Jika kita bijak mempelbagaikan teknik pengajaran dan penggunaan alat bantu, sudah pasti belajar bahasa menjadi sesuatu yang indah untuk dikenang oleh pelajar kita..

Sunday 4 March 2012

GURINDAM PELAJAR


Jika anda jadi pelajar,
Jangan malas hendak belajar.
Jika anda menuntut ilmu,
Jangan sekali berasa jemu.
Jika rajin mengulang kaji,
Mudah jawab apa diuji.
Jika anda hendak berlatih,
Mesti tahan penat letih.
Jangan asyik berangan-angan,
Tekun gigih jadi pegangan.
Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.
 
Jika belajar tidak jemu,
Banyak ilmu akan ditemu.
Apa gunanya banyak bercakap,
Jika kerja tidak cekap.
Jika suka ponteng sekolah,
Ilmu tidak dapat tentu rugilah.
Berusaha dengan bersungguh-Sungguh,
Jangan suka tangguh-tangguh.
Jika tak mahu dengar nasihat,
Apabila besar jadi jahat.
Jika tulisan terang dan bersih,
Hati pemeriksa sayang dan kasih.

selamat datang ke blog Cikgu Rahman