SINGGAH SEBENTAR

Monday, 17 September 2018

Latihan Pemahaman



BAHAGIAN A
( 20 markah)

1          Hulubalang istana        :           Sebentar lagi ______ ingin mengadap permaisuri
                                                           di balairung istana.
Dayang istana              :           Tunggu sebentar ya,______ sedang bersantap.

A         patik...baginda
B          hamba...baginda
C          beta...tuanku
D         tuan hamba...tuanku

604

2          Ibu                                jari adik yang luka kerana terkena pisau.
            A         membalut
            B          menyimpul
            C          memintal
            D         membelit

3          Setelah membersihkan semak samun dan membuat batas, Pak Malau mula   
untuk menanam jagung.
A         mencangkul
            B          menyabit
            C          menugal
            D         menyemai

4          Puan Maimunah merebus ubi kayu sehingga ______ sebelum dibuat tapai.
            A         gebu
            B          lunak
            C          kental
            D         kenyal

5          Semua penonton yang menyaksikan pertandingan itu_______ apabila pasukan yang dijangka menang dapat ditewaskan  dengan mudah oleh pihak lawan.
            A         gusar
            B          gementar         
            C          janggal
            D         kaget

6                    makan semua juadah yang      saya hidangkan ,” kata Suzi kepada rakan-rakannya.
A         Jemput
B          Harap
C          Minta  
D         Tolong

                                           
7          Ketua kampung sentiasa mengambil berat                    kebajikan anak buahnya.
A         akan
            B          pada
C          kepada            
D         tentang

                                             
8          Abang terpaksa menyelam sampai ke  kolam untuk mengambil cincin adik yang tenggelam.
A         bawah
B          dalam
C          dasar
D         tengah 

9          Juara pertandingan cerita itu telah menerima dua         tiket menonton teater kanak-kanak dan          piala iringan.
A         keping...sebuah
B          helai...sebentuk
C          lembar...sebentuk
D         cebis...sebuah

10        Hazami  berenang ke arah perahu yang hanyut itu ________ menarik talinya sebelum dibawa arus.
            A         lantas
            B          manakala
            C          sementara
            D         malahan

11        Adik menangis _______apabila ditinggalkan oleh ibu.
A         terbahak-bahak
B          terkumat-kamit
C          tersedu-sedan
D         terherot-berot

12        Majlis sambutan hari lahir datuk dapat             hubungan yang sudah sedia mesra antara kami sekeluarga.
A         mengeratkan
B          mempererat
C          pengerat
D         keeratan
13        Abang              mata kepada kakak apabila cubaannya untuk menakutkan adik telah berjaya.
A         menjelingkan
B          membeliakkan
C          mengenyitkan
D         mencelikkan   








Soalan 14 – 16
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.                                                                                                                 
14        “Semua murid tahun enam diminta berkumpul di dewan kerana ceramah motivasi  akan diadakan sebentar lagi,” Cikgu  Bazli membuat  pengumuman.
A         Cikgu Bazli berkata bahawa sebentar lagi semua murid tahun enam diminta berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah motivasi.
B          Cikgu Bazli membuat pengumuman bahawa semua murid tahun enam diminta berkumpul di dewan sebentar lagi.
C          Semua murid tahun enam diminta berkumpul di dewan kerana ceramah        motivasi akan disampaikan oleh Cikgu Bazli di dewan sebentar lagi.
D         Cikgu Bazli membuat pengumuman bahawa semua murid tahun enam dikehendaki berkumpul di dewan kerana ceramah motivasi akan diadakan sebentar lagi.


15        Fahim melayari internet untuk menambahkan pengetahuan tentang bahasa.
A         Fahim menambahkan pengetahuan dengan melayari internet tentang bahasa.
B          Internet dilayari oleh Fahim kerana banyak pengetahuan tentang bahasa.
C          Melayari internet telah menambahkan pengetahuan Fahim tentang bahasa.
D         Internet dilayari oleh Fahim untuk menambahkan pengetahuan tentang bahasa.


Soalan 16
Pilih ayat yang betul.
16       
A         Setengah-setengah murid lebih  gemar membaca buku cerita di  perpustakaan pada waktu rehat.
B          Azman dan adik-beradiknya tinggal berjauhan kerana tiap orang telah pun berkeluarga.
C          Kedua suami isteri itu amat gembira apabila anak mereka diumumkan sebagai Tokoh Murid Cemerlang.
D         Berbagai penduduk di Malaysia tidak memiliki kad pengenalan baharu.


Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Pokok kelapa banyak terdapat di negara kita terutama di pesisiran pantai. Terdapat berbagai-bagai  jenis pokok kelapa dan selalunya dinamakan mengikut bentuk pokok dan buahnya. Jenis yang biasanya ditanam orang ialah kelapa mawar, kelapa gading, kelapa puyuh dan kelapa pandan. Walau bagaimanapun, kelapa mawarlah paling banyak ditanam kerana buahnya besar dan harganya pula agak tinggi.

Hampir kesemua bahagian pokok kelapa ada kegunaannya. Pucuk kelapa biasanya digunakan untuk membuat ketupat. Buah kelapa sama ada tua atau muda digunakan sepanjang masa. Santan daripada kelapa tua digunakan sebagai bahan masakan atau dijadikan minyak. Air kelapa muda pula dijadikan minuman dan penawar penyakit. Lidi daun kelapa dibuat penyapu. Daripada mayangnya, kita boleh mendapatkan nira. Air nira boleh diminum begitu sahaja atau dimasak untuk dijadikan gula Melaka. Nira yang diperam akan menjadi tuak untuk atau cuka. Sabut  buah kelapa pula diproses untuk dijadikan alatan seperti berus dan pengalas kaki. Di samping itu, tempurung buah kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan kraftangan seperti senduk dan hiasan rumah.

Pada zaman dahulu, apabila seseorang bayi dilahirkan, orang tuanya akan menanam sebatang pokok kelapa. Umur anak itu diukur mengikut ketinggian pokok kelapa tersebut.


17        Pokok kelapa _________merupakan pokok kelapa yang paling banyak ditanam di negara kita.
A         mawar
            B          gading
            C          puyuh
            D         pandan

18        Pokok kelapa ditanam dengan banyaknya di beberapa tempat kerana
            A         mengukur umur seseorang anak.
            B          harganya yang agak tinggi.
            C          banyak kegunaannya .
            D         buahnya yang muda atau tua digunakan sepanjang masa.



19        Berdasarkan petikan, bahagian manakah yang ada pada pokok kelapa yang menjadi sumber pendapatan utama bagi pekebun kelapa?
            A         nira
            B          buah
            C          sabut
            D         tempurung



20        Penyataan yang benar berdasarkan petikan ialah
A         santan diperam untuk menghasilkan tuak atau cuka. 
B          air kelapa muda dan nira kelapa boleh diminum begitu sahaja.
C          ketupat dihasilkan daripada anyaman pelepah kelapa.
D         nira kelapa didapati daripada buah kelapa muda.



BAHAGIAN B
[ 30 markah]

PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (1 MARKAH)

PENSKORAN
KRITERIA


1 markah
i. jawapan yang tepat berdasarkan soalan tanpa sebarang kesalahan.

ii. Nota: Jawapan yang terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca, dikira salah dan tiada markah


PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (2 MARKAH)

PENSKORAN
KRITERIA
CATATAN
2 markah
i. jawapan yang tepat dan jelas
ii. penggunaan ayat yang gramatis
iii. penggunaan kata dan kosa kata yang meluas
iv. penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul

Nota: bagi item betul atau salah/padanan
+ 1 betul – 0 m
+ 2 betul – 1 m
+ 3 betul – 2 m
1 markah
i. jawapan masih tepat 
ii. penggunaan ayat yang mudah dan ringkas atau tidak gramatis
iii. penggunaan kata dan kosa kata yang terhad
iv. terdapat banyak kesalahan  ejaan dan tanda baca

0 markah
i. Jawapan tidak tepat



PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (3 MARKAH)

PENSKORAN
KRITERIA
3 markah
i. jawapan yang tepat dan jelas
ii. penggunaan ayat yang gramatis
iii. penggunaan kata dan kosa kata yang meluas

2 markah
i. jawapan yang tepat
ii. penggunaan ayat yang gramatis
iii. penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana

1 markah
i. jawapan masih tepat 
ii. penggunaan ayat yang mudah dan ringkas atau tidak gramatis
iii. penggunaan kata dan kosa kata yang terhad

0 markah
i. Jawapan tidak tepat


Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

 dan             jika               untuk                 kerana

pada            atau              yang                  di

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti ______ luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab_____ persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.

     Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat
mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa ______ bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gejala sosial. Contohnya, _____ kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
                                                            [ 4 markah ] 






Soalan 22  

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya: ____________________________________________________________________________
Jawapan:   Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
                                                                                                                                                     [ 2 markah ]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi
Berapa harga barangan makcik ?






650


____________________________________________________________________________

                                                                                                                                                      [ 2 markah ]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.


014 (2)
 














Apakah simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas?
                                                                                                                                               
                                                             [ 2 markah ]



Soalan 23

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sazali     :Tahniah saya ucapkan  kerana Encik   Azmi telah terpilih sebagai Tokoh Guru.

Azmi      :Terima kasih. Saya bersyukur dan terharu atas pemilihan ini. Saya amat
 menghargai pihak sekolah yang telah memilih saya untuk menerima anugerah ini.

Sazali :   Saya difahamkan bahawa kecemerlangan Encik Azmi di sekolah berterusan hingga ke peringkat universiti. Siapakah yang memberi dorongan kepada Encik  Azmi?

Azmi      :Ibu bapa saya yang menjadi pendorong utama atas kejayaan saya. Mereka
sentiasa menggalakkan saya berusaha sehingga berjaya ke universiti. Bapa mengharapkan saya meneruskan cita-citanya yang tidak tercapai.

Sazali     :Saya ingin tahu mengapa Encik Azmi meminati bidang sains?

Azmi      :Sebenarnya  saya meminati bidang sains kerana guru-guru yang mengajar saya telah mendorong saya sehingga saya tertarik hati dalam bidang itu. Mereka sering mengaitkan sains dalam kehidupan seharian. Saya juga banyak membaca buku berkaitan sains dan sentiasa berfikir tentang sesuatu kejadian.

Sazali :   Kebanyakan murid kurang meminati mata pelajaran Sains. Bagaimana Encik Azmi berjaya menguasai bidang ini sehingga menjadi pakar?

Azmi      :Sebenarnya sains tidak begitu sukar. Pelajar perlu mengetahui cara dan teknik yang betul untuk mempelajari sains. Saya banyak membuat latihan dan uji kaji, mencatat isi penting semasa membaca serta melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan. Saya juga menyediakan jadual waktu belajar.

Sazali     :Apakah nasihat Encik Azmi kepada murid-murid?

Azmi      :Saya berseru kepada mereka supaya berani menyahut cabaran masa kini  yang 
mementingkan bidang sains. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sazali  :  Saya bagi pihak majalah sekolah mengucapkan terima kasih atas kesudian
Encik Azmi ditemu bual. Semoga kejayaan Encik

Azmi akan menjadi contoh kepada  murid-murid sekolah ini.

Azmi      :Sama-sama. Saya harap murid-murid sekolah ini akan sentiasa beroleh kejayaan cemerlang yang berterusan.


a. Sazali menemu ramah _________________.
                                                    
                                                                                                                                       [ 1 markah ]       
                                              
b.  Mengapakah  Encik Azmi mengatakan sains itu penting pada masa sekarang?

_______________________________________ _______________________________________

_______________________________________
 
                                                                                                                                       [ 2 markah ]

c.  Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Encik Azmi menghargai pemilihannya sebagai Tokoh Guru.


Guru telah menimbulkan minat Encik Azmi untuk belajar sains.

Betul


Encik Azmi telah mempelajari sains dengan pelbagai kaedah.



Salah

Bapa Encik Azmi pernah menuntut di universiti yang sama.





                                                                 [ 2 markah ]          
Soalan 24
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tepat pukul 1.20 petang loceng tamat waktu persekolahan telah berbunyi.  Cikgu Rahman meminta murid-murid 4 Rajin membersihkan terlebih dahulu kekotoran yang ada sebelum meninggalkan kelas. Setiap hari loceng tamat waktu persekolahan berbunyi pada pukul 1.20 petang kecuali pada hari Jumaat iaitu pukul 12.45 tengah hari.  Sudah menjadi kebiasaan bagi murid-murid kelas 4 Rajin akan membersihkan dan mengemaskan kelas mereka sebelum pulang ke rumah.
“Kita perlu menjaga kebersihan kelas, agar kita semua boleh belajar dengan selesa dan seronok,” pesan Cikgu Rahman kepada anak-anak murid kelasnya. Setelah bersama-sama mengemas dan membersihkan kelas, murid-murid 4 Rajin beratur mengikut barisan.  Cikgu Rahman menasihatkan mereka agar menyiapkan kerja sekolah yang diberi dan berhati-hati ketika pulang ke rumah.
            Setelah mengucapkan salam dan terima kasih , murid-murid  4 Rajin bersalam dengan Cikgu Rahman.  Sebelum melangkah keluar kelas,  ketua kelas 4 Rajin, Haziq  menutup suis kipas.  Kemudian Haziq bersama-sama dengan Azlan dan Siti menolong Cikgu Rahman membawa buku-buku latihan ke bilik guru.  Setelah menolong guru kelas mereka iaitu Cikgu Rahman, Haziq berserta Azlan dan Siti pergi mengambil basikal masing-masing di pondok basikal dan menolak basikal mereka hingga ke pintu pagar.  Murid-murid tidak dibenarkan mengayuh basikal di dalam kawasan sekolah.  Sebelum melintas jalan, Haziq dan rakan-rakannya memandang kiri dan kanan.  Setelah memastikan semuanya  selamat, mereka melintas jalan dan mengayuh basikalnya dengan berhati-hati.
a.  Guru kelas Tahun 4 Rajin ialah                   .                                                       [ 1 markah ]
b.  Apakah pesanan Cikgu Rahman kepada anak-anak muridnya?

                                                                                                                                                                                                                                                                                [ 2 markah ]
c.  Berapa orangkah yang menolong Cikgu Rahman membawa buku-buku latihan ke bilik guru?

                                                                                                                                    ______                                                                                                                                                      [ 2 markah ]

d.         Berdasarkan petikan cerita di atas, apakah antara peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh setiap murid?

                                                                                                                                               
                                                                                                                                    ______                                                                                                                                                  [ 3 markah ]
Soalan 25

Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                                Nasib Bumiku
Bumi yang kusayangi,
tandus dirimu dirobek insan rakus,
menebal rinduku,
pada keindahanmu yang ternoda,
kehijauan yang lenyap,
kesegaran yang lesap.

Bumi yang kukasihi,
khazanah hartamu dirampas keras,
kecacatan dirimu kekayaan mereka,
kehancuran dirimu kemajuan mereka,
namun, kemuramanmu tak dihiraukan mereka,
kemenangan mereka kekecewaanku,
kemusnahan dirimu menyayat jiwaku.

Bumi yang kucintai,
azam kupasakkan di sanubari,
tak mungkin dirimu kubiarkan merana,
kerana baktimu sangat bermakna,
selagi kudrat masih berbaki,
dirimu akan kudandani,
dengan hijaunya pepohon merimbun,
dengan serinya bebunga mewangi,
agar keindahanmu mekar kembali,
sampai akhir nanti.


a.  Apakah yang dirindui oleh penyajak?
___________________________________________________________________________________

___________________________________________

                                                                                                                                            [ 2 markah ]

b.    Apakah tekad penyajak?
_________________________________________________________________________________

                                                                                                                                           [ 1 markah ]

c.    Tandakan ( _/ ) bagi pernyataan yang betul dan      ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan sajak tersebut.


Menggalakkan anggota masyarakat menanam pelbagai jenis pokok.




Mendorong anggota masyarakat menerokai hutan.



                                                                                                                                       [ 1 markah ]



Bumi yang kusayangi,
tandus dirimu dirobek insan rakus,


d.   Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

                                                                                                                          [ 3 markah ]