Soalan 16 - 20
Baca teks siaran di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.
Adik-adik,
Tahukah adik-adik bahawa pokok durian belanda jarang ditemukan di negara
kita? Pokok ini mempunyai ketinggian
sehingga mencecah enam meter. Daunnya berwarna hijau gelap dan berkilat.
Buahnya pula berbentuk hati, disaluti kulit nipis yang lembut, dan boleh
dimakan.
Buah
durian belanda yang muda berwarna hijau dan bertukar kekuning-kuningan apabila
sudah masak. Isinya berwarna putih dan berjus. Jika adik-adik ingin tahu, buah
durian belanda boleh dimakan mentah atau dibuat minuman yang enak. Rasanya pula
manis dan masam berasid.
Adakah
adik-adik tahu akan khasiat pokok
durian belanda? Sebenarnya, kulit, daun, buah, dan akar buah ini boleh
digunakan dalam amalan perubatan tradisional. Misalnya, daun durian belanda
digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat masalah kulit, batuk, dan sakit
sendi. Buah dan jusnya pula digunakan untuk mengubat cirit-birit, manakala
kulit dan akar durian belanda dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah.
Adik-adik,
Nampaknya
setakat ini saja yang dapat Abang Man
sampaikan. Sambutlah salam mesra daripada Abang Man dan penerbit rancangan
untuk adik-adik.
16 Siapakah Abang Man?
A
pengkaji tumbuh-tumbuhan
B
pengacara untuk rancangan “Alam Flora”
C
penerbit rancangan popular kanak-kanak
D
peminat pokok durian belanda
17 Semua yang berikut adalah sifat-sifat
pokok durian belanda, kecuali
A
pokoknya tinggi hingga mencecah enam meter.
B
kulitnya lembut dan boleh dimakan.
C
buahnya berkilat kekuning-kuningan.
D
daunnya berwarna ungu muda.
18 Jus buah durian belanda mampu mengubati
A
masalah cirit-birit.
B
masalah sakit sendi.
C masalah
sakit kulit.
D
masalah muntah.
19 Mengapakah pokok durian
belanda dikatakan banyak keistimewaannya?
A
pokok ini jarang-jarang ditemukan di negara kita
B
bentuk buahnya yang unik, iaitu berbentuk hati
C
jusnya berasa agak manis dan masam berasid
D pokok ini sangat berguna dalam amalan
perubatan tradisional
20 Maksud perkataan khasiat dalam petikan bermaksud
A
kekurangan
B
keunikan
C
kebaikan
D kesempurnaan
No comments:
Post a Comment