SINGGAH SEBENTAR

Tuesday 24 July 2018

LATIHAN PETIKAN 3



Soalan 16 – 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hujung minggu itu, aku mengikut nenek pergi ke rumah Puan Lili Chia, wanita Peranakan Cina. Puan Lili dikenal ramai kerana kemahiran beliau menjahit baju kebaya. Baju kebaya yang dimaksudkan ialah kebaya nyonya.
            Sambil mengambil ukuran badan aku, Puan Lili leka bercerita. Katanya, kebaya nyonya ini diwarisi daripada masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Asal pakaian ini adalah daripada pakaian tradisional Melayu, iaitu kebaya.  Kata Puan Lili lagi, kaum Baba dan Nyonya ini turut tertarik oleh kecantikan sarung batik. Pakaian ini sesuai sekali dipadankan dengan kasut manik dan disematkan kerongsang rantai.
            Nenek sudah berjanji mahu membawa aku bersama ketika mengambil baju itu. Malangnya, sehari sebelum baju itu siap, nenek pergi buat selama-lamanya. Aku berasa sangat sedih kerana nenek tidak sempat melihat aku memakai baju kebaya nyonya tersebut. Baju kebaya nyonya itu aku simpan baik-baik tanda kenangan aku kepada arwah nenek.

16      Mengapakah kebaya nyonya dinamai sedemikian?
A   Pakaian tersebut diwarisi daripada masyarakat Baba dan Nyonya di       Melaka.
B   Pakaian tersebut dipakai oleh kaum Nyonya.
C   Pakaian itu dijahit oleh Nyonya
D   Pakaian itu direka oleh Nyonya.

17      Kebaya nyonya sangat menarik jika dipadankan dengan
A   sarung batik dan kasut manik
B   kerongsang batik dan sarung batik
C   kasut manik dan kerongsang rantai
D   sarung batik, kasut manik dan kerongsang rantai.

18    Yang berikut benar tentang Puan Lili Chia, kecuali
A   tukang jahit.
B   Peranakan Cina.
C   berketurunan Baba dan Nyonya.
D   selalu memakai baju kebaya nyonya.

19    Pilih penyataan yang tidak benar
A   Kebaya  nyonya diwarisi daripada masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.
B   Baju kebaya nyonya sangat sesuai dipakai dengan kasut tumit tinggi. 
C   Baju kebaya nyonya sesuai dipakai dengan kerongsang.
D   Asal pakaian ini adalah daripada pakaian  tradisional Melayu, iaitu  kebaya.

20    Perkataan  dipadankan dalam petikan bermaksud
A   dirangkaikan.
B   dikenakan.
C   disambungkan.
D   dibandingkan.

No comments:

Post a Comment