Soalan 16 - 20
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pagi hari ke Pekan
Setiawan,
Singgah sebentar
membeli benang,
Tolong-menolong
sesama kawan,
Kerja yang susah
menjadi senang.
Cik Aini berbaju
biru,
Membawa pula sebiji
raga,
Dengarlah kawan
pesanan guru,
Mencari ilmu janganlah leka.
Tanam ubi di
Tanjung Pagar,
Tanam tebu di
Tanjung Merah,
Kalau kamu rajin
belajar,
Masa depan menjadi
cerah.
Pergi mengait buah
kelapa,
Untuk dijual di
Kampung Darat,
Dengarlah nasihat
ibu dan bapa,
Supaya selamat
dunia akhirat.
16 Kita mesti tolong-menolong sesama kawan
supaya
A dapat berjumpa selalu.
B kerja yang susah menjadi senang.
C boleh pergi ke Pekan Setiawan bersama-sama.
D kerja
yang dibuat boleh siap.
17 Apakah yang perlu kita lakukan supaya masa
depan menjadi cerah?
A Rajin belajar.
B Mendengar pesanan guru.
C Tolong-menolong antara satu sama lain.
D Mendengar nasihat ibu bapa.
18 Mengapakah kita mesti mendengar nasihat ibu
bapa?
A Agar kita selalu dipuji.
B Agar kita menjadi kaya raya.
C Agar kita sedang menuntut ilmu.
D Agar kita selamat di dunia dan di akhirat.
19 Semua nasihat di bawah adalah benar kecuali
A Leka semasa belajar.
B Rajin menuntut ilmu.
C Tolong-menolong sesama kawan.
D Mendengar nasihat ibu bapa.
20 Perkataan leka dalam pantun bermaksud
A malas B rajin
C lalai D
lupa
No comments:
Post a Comment