SINGGAH SEBENTAR

Tuesday 24 July 2018

LATIHAN PETIKAN 2



Soalan 16- 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
            Pasukan bola jaring Sekolah Kebangsaan Tg Malim ( SKTM ) yang diketuai oleh Maizan telah muncul sebagai johan dalam kejohanan bola jaring antara sekolah-sekolah di daerah Batang Padang, di sekolah itu sendiri semalam. Pasukan itu berjaya mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Slim River dengan jaringan sepuluh berbalas tujuh. Dengan kejayaan tersebut, pasukan SKTM muncul sebagai johan, dua kali berturut-turut.
            Pada pertandingan ini, pasukan SKTM telah mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Kalumpang dengan jaringan lima belas berbalas dua belas pada peringkat separuh akhir. Menurut Cikgu Linda, kemenangan tersebut merupakan hadiah kepada Puan Rusiah, Guru Besar yang akan berpindah ke sekolah di daerah lain setelah berkhidmat selama tiga tahun di SKTM. Beliau menyatakan bahawa para pemain telah bermain dengan penuh semangat dan mematuhi peraturan. Semua ini kerana suntikan perangsang oleh Guru Besar. Para pemain juga akan menerima hadiah yang telah dijanjikan oleh Guru Besar.

1 6  Pertandingan akhir bola jaring itu diadakan
       A   Di padang Sekolah Kebangsaan Slim River
       B   Di padang Sekolah Kebangsaan Kalumpang
       C   Di padang Sekolah Kebangsaan Batang Padang
       D   Di padang Sekolah Kebangsaan Tg. Malim

17   Dalam pertandingan separuh akhir, pasukan manakah yang telah kalah?
       A    Pasukan Sekolah Kebangsaan Slim River
       B    Pasukan Sekolah Kebangsaan Kalumpang
       C    Pasukan Sekolah Kebangsaan Batang Padang
       D    Pasukan Sekolah Kebangsaan Tg. Malim

18   Berapakah selisih mata kemenangan pasukan yang menang dalam pertandingan
       separuh akhir bola jaring itu?
       A    satu mata
       B    dua mata
       C    tiga mata
       D    empat mata

19   Siapakah jurulatih pasukan yang menjadi johan dalam pertandingan kejohanan bola
       jaring antara sekolah daerah Batang Padang?
       A   Cikgu Asmah
       B   Cikgu Linda
       C   Cikgu Maizan
       D   Guru Besar

20    Maksud perkataan  johan dalam petikan ialah
       A   menang
       B    juara
       C    kalah
       C    seri

No comments:

Post a Comment