SINGGAH SEBENTAR

Tuesday 24 July 2018

LATIHAN PETIKAN 6



Soalan 16 - 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Selamat Hari Bapa
            Ikram baru menyambut Hari Ibu pada bulan Mei yang lalu.  Ibunya amat berbesar hati kerana diraikan oleh insan-insan yang tersayang. Menjelang bulan Jun, Ikram mula terfikir untuk menyambut Hari Bapa pula.  Bagi Ikram, tidak adil jika dia dan adik-adiknya meraikan ibu saja, sedangkan bapa mereka juga banyak berkorban untuk mereka sekeluarga.
            Ikram mula berpakat dengan ibunya untuk meraikan hari yang istimewa itu.  Oleh itu, mereka mula membuat perancangan untuk mengadakan jamuan ringan.  Ikram bercadang untuk memberi kejutan kepada bapanya.
            Pada 15 Jun 2007,  tibalah hari yang ditunggu-tunggu.  Adik Ikram, Adilah meminta ayahnya menemaninya ke pusat beli-belah, kononnya untuk membeli buku cerita baru.  Dalam tempoh itu, ibunya bertungkus-lumus menyediakan Nasi Beriani Johor kegemaran ayah.  Kak Fatin pula sibuk membeli sebiji kek vanila manakala Ikram dan adik bongsunya, Hakimi pula, sibuk membalut hadiah.  Ikram dan adik-beradiknya yang lain berkongsi wang untuk membeli seutas jam tangan buat ayah tersayang.
            Semasa ayahnya pulang, beliau terkejut apabila melihat suasana di rumah amat berbeza.  Beliau amat teruja apabila isteri dan anak-anaknya meraikan Hari Bapa yang khas untuknya.

16        Ikram dan keluarganya meraikan Hari Ibu pada
            A         bulan April      B         bulan Mei
            C         bulan Jun         D         bulan Julai

17        Berdasarkan petikan tadi, berapakah jumlah adik-beradik Ikram?
            A         Dua orang       B         Tiga orang
            C         Empat orang    D         Lima orang

18        Apakah perasaan bapa Ikram apabila keluarganya mengadakan majlis khas
            untuknya?
            A         Sedih              B         Terkilan
            C         Gembira          D         Tersentak

19        Semua pernyataan yang berikut adalah benar berdasarkan petikan tersebut,
            kecuali
            A         Makanan kesukaan ayah Ikram ialah kek vanila.
            B         Ikram dan ibunya bercadang untuk mengadakan majlis ringkas secara
                        rahsia.
            C         Ikram dan adik-beradiknya yang lain telah meraikan Hari Ibu terlebih
                        dahulu.
            D         Ikram berkongsi wang dengan adik-beradiknya untuk membeli seutas jam
                        tangan.

20        Simpulan bahasa berbesar hati dalam petikan bermaksud
            A         tidak mudah kecewa.
            B         berbalas kebaikan seseorang.
            C         semangat atau perasan orang muda.
            D         berasa bangga atau gembira.

No comments:

Post a Comment