Soalan 16 - 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Diana : Eh,
Suraya! Khabar baik. Sudah lama kita tidak berjumpa. Awak masih macam dulu
juga
ulat buku!
Suraya : Awak
pun apa kurangnya. Dari jauh awak datang semata-mata untuk ke pameran buku.
Diana : Ya,
saya tertarik dengan iklan yang disiarkan di akhbar tentang pameran buku ini.
Ada
potongan harga sehingga 50 peratus ditawarkan oleh penerbit. Saya
hendak melihat,
manalah tahu ada buku yang
berkenan di hati.
Suraya :
Memang inilah tujuan pameran buku, iaitu mahu menggalakkan orang ramai supaya
minat
membaca.
Diana :
Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia tidak
banyak membaca. Kalau tabiat ini berterusan,
gagallah matlamat kita hendak
menjadi negara maju yang tinggi budaya ilmunya.
Suraya : Memang benar, peranan buku amat penting
untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
Diana : Semua
orang tahu bahawa dengan membaca kita dapat menambahkan pengetahuan, meluaskan
pengalaman dan fikiran menjadi bertambah matang tetapi mengapakah
orang kita tidak gemar membaca?
Suraya : Memang
betul kata awak, Diana. Kita harap melalui pameran ini masyarakat akan sedar
tentang kepentingan membaca.
Diana : Eh,
kita ini banyak berbual sahaja, nanti tidak sempat hendak melihat buku-buku
yang
dipamerkan.
Suraya : Yalah, nanti habis pula masa pameran. Marilah
kita sama-sama melihat. Kalau berkenan nanti
bolehlah kita beli.
16 Diana pergi
ke pameran tersebut untuk
A bertemu Suraya.
B melihat iklan buku.
C melihat
buku yang dipamerkan.
D membeli
buku yang dijual murah.
17 Apakah sebab utama pameran buku itu
diadakan?
A
Menggalakkan orang ramai minat membaca.
B Menawarkan potongan harga sebanyak 50
peratus.
C
Mengembangkan ilmu pengetahuan.
D
Menjadikan Malaysia sebagai Negara maju.
18 Apakah kesannya jika rakyat Malaysia terus
tidak minat membaca?
A
Negara tidak akan maju.
B
Ilmu pengetahuan tidak menarik.
C
Pameran buku tidak boleh diadakan.
D
Budaya ilmu kurang dipamerkan.
19 Pernyataan
berikut adalah berkaitan dengan kepentingan
membaca kecuali
A meluaskan pengalaman
B
menambahkan pengetahuan
C Fikiran menjadi bertambah matang
D
dapat menganjurkan pameran buku.
20 Maksud rangkai
kata ulat buku dalam petikan ialah
A Selalu membeli buku.
B Rajin membaca buku.
C Suka menyimpan buku.
D Bijak meminjam buku.
|
No comments:
Post a Comment