BAHAGIAN A
( 20 markah)
1 Hulubalang istana : Sebentar
lagi ______ ingin mengadap permaisuri
di
balairung istana.
Dayang
istana : Tunggu sebentar ya,______ sedang
bersantap.
A patik...baginda
B hamba...baginda
C beta...tuanku
D tuan hamba...tuanku
|
2 Ibu
jari adik yang luka kerana terkena pisau.
A membalut
B menyimpul
C memintal
D membelit
3 Setelah
membersihkan semak samun dan membuat batas, Pak Malau mula
untuk
menanam jagung.
A mencangkul
B menyabit
C menugal
D menyemai
4 Puan
Maimunah merebus ubi kayu sehingga ______ sebelum dibuat tapai.
A gebu
B lunak
C kental
D kenyal
5 Semua
penonton yang menyaksikan pertandingan itu_______ apabila pasukan yang dijangka
menang dapat ditewaskan dengan mudah
oleh pihak lawan.
A gusar
B gementar
C janggal
D kaget
6 “ makan semua juadah yang saya hidangkan ,” kata Suzi kepada
rakan-rakannya.
A Jemput
B Harap
C Minta
D Tolong
A Jemput
B Harap
C Minta
D Tolong
7 Ketua
kampung sentiasa mengambil berat kebajikan anak buahnya.
A akan
A akan
B pada
C kepada
D tentang
C kepada
D tentang
8 Abang terpaksa menyelam sampai ke kolam untuk mengambil cincin adik yang
tenggelam.
A bawah
B dalam
C dasar
D tengah
9 Juara
pertandingan cerita itu telah menerima dua tiket menonton teater kanak-kanak dan piala iringan.
A keping...sebuah
B helai...sebentuk
C lembar...sebentuk
D cebis...sebuah
10 Hazami berenang ke arah perahu yang hanyut itu
________ menarik talinya sebelum dibawa arus.
A lantas
B manakala
C sementara
D malahan
11 Adik menangis _______apabila ditinggalkan
oleh ibu.
A terbahak-bahak
B terkumat-kamit
C tersedu-sedan
D terherot-berot
12 Majlis
sambutan hari lahir datuk dapat hubungan yang sudah sedia mesra antara kami
sekeluarga.
A mengeratkan
B mempererat
C pengerat
D keeratan
13 Abang mata kepada kakak apabila
cubaannya untuk menakutkan adik telah berjaya.
A menjelingkan
B membeliakkan
C mengenyitkan
D mencelikkan
Soalan 14 – 16
Pilih
ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14 “Semua
murid tahun enam diminta berkumpul di dewan kerana ceramah motivasi akan diadakan sebentar lagi,” Cikgu Bazli membuat
pengumuman.
A Cikgu Bazli berkata bahawa sebentar lagi
semua murid tahun enam diminta berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah
motivasi.
B Cikgu
Bazli membuat pengumuman bahawa semua murid tahun enam diminta berkumpul di
dewan sebentar lagi.
C Semua murid tahun enam diminta
berkumpul di dewan kerana ceramah motivasi
akan disampaikan oleh Cikgu Bazli di dewan sebentar lagi.
D Cikgu Bazli membuat pengumuman bahawa
semua murid tahun enam dikehendaki berkumpul di dewan kerana ceramah motivasi
akan diadakan sebentar lagi.
15 Fahim melayari internet untuk menambahkan
pengetahuan tentang bahasa.
A Fahim menambahkan pengetahuan dengan
melayari internet tentang bahasa.
B Internet dilayari oleh Fahim kerana
banyak pengetahuan tentang bahasa.
C Melayari internet telah menambahkan
pengetahuan Fahim tentang bahasa.
D Internet dilayari oleh Fahim untuk
menambahkan pengetahuan tentang bahasa.
Soalan
16
Pilih ayat yang betul.
16
A Setengah-setengah murid lebih gemar membaca buku cerita di perpustakaan pada waktu rehat.
B Azman dan adik-beradiknya tinggal
berjauhan kerana tiap orang telah pun berkeluarga.
C Kedua suami isteri itu amat gembira
apabila anak mereka diumumkan sebagai Tokoh Murid Cemerlang.
D Berbagai penduduk di Malaysia tidak
memiliki kad pengenalan baharu.
Soalan 17 hingga 20
Baca
petikan di bawah, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pokok
kelapa banyak terdapat di negara kita terutama di pesisiran pantai.
Terdapat berbagai-bagai jenis pokok
kelapa dan selalunya dinamakan mengikut bentuk pokok dan buahnya. Jenis yang
biasanya ditanam orang ialah kelapa mawar, kelapa gading, kelapa puyuh dan
kelapa pandan. Walau bagaimanapun, kelapa mawarlah paling banyak ditanam
kerana buahnya besar dan harganya pula agak tinggi.
Hampir
kesemua bahagian pokok kelapa ada kegunaannya. Pucuk kelapa biasanya
digunakan untuk membuat ketupat. Buah kelapa sama ada tua atau muda digunakan
sepanjang masa. Santan daripada kelapa tua digunakan sebagai bahan masakan
atau dijadikan minyak. Air kelapa muda pula dijadikan minuman dan penawar
penyakit. Lidi daun kelapa dibuat penyapu. Daripada mayangnya, kita boleh
mendapatkan nira. Air nira boleh diminum begitu sahaja atau dimasak untuk dijadikan
gula Melaka. Nira yang diperam akan menjadi tuak untuk atau cuka. Sabut buah kelapa pula diproses untuk dijadikan
alatan seperti berus dan pengalas kaki. Di samping itu, tempurung buah kelapa
boleh digunakan untuk menghasilkan kraftangan seperti senduk dan hiasan
rumah.
Pada
zaman dahulu, apabila seseorang bayi dilahirkan, orang tuanya akan menanam
sebatang pokok kelapa. Umur anak itu diukur mengikut ketinggian pokok kelapa
tersebut.
|
17 Pokok
kelapa _________merupakan pokok kelapa yang paling banyak ditanam di negara
kita.
A mawar
B gading
C puyuh
D pandan
18 Pokok
kelapa ditanam dengan banyaknya di beberapa tempat kerana
A mengukur
umur seseorang anak.
B harganya
yang agak tinggi.
C banyak
kegunaannya .
D buahnya yang muda atau
tua digunakan sepanjang masa.
19 Berdasarkan
petikan, bahagian manakah yang ada pada pokok kelapa yang menjadi sumber
pendapatan utama bagi pekebun kelapa?
A nira
B buah
C sabut
D tempurung
20 Penyataan
yang benar berdasarkan petikan ialah
A santan
diperam untuk menghasilkan tuak atau cuka.
B air
kelapa muda dan nira kelapa boleh diminum begitu sahaja.
C ketupat
dihasilkan daripada anyaman pelepah kelapa.
D nira
kelapa didapati daripada buah kelapa muda.
BAHAGIAN B
[ 30 markah]
PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (1 MARKAH)
|
PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (2 MARKAH)
|
PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (3 MARKAH)
|
Soalan
21
Pilih perkataan yang paling
sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.
dan jika untuk kerana
pada atau yang di
|
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti ______ luar bilik
darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan
tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab_____ persatuan serta
sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum
mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa ______ bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gejala sosial. Contohnya, _____ kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa ______ bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gejala sosial. Contohnya, _____ kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
[ 4 markah ]
Soalan
22
a. Tulis ayat tanya yang
paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
______________________________________
______________________________________
Jawapan: Doktor menasihati pesakitnya supaya
mengamalkan gaya hidup sihat.
[ 2 markah ]
b. Tulis dialog yang sesuai
bagi
Berapa
harga barangan makcik ?
|
|
_____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Soalan berikut berdasarkan
gambar di bawah ini.
Apakah simpulan bahasa yang
sesuai berdasarkan gambar di atas?
[ 2 markah ]
Soalan
23
Baca petikan di bawah ini,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sazali :Tahniah
saya ucapkan kerana Encik Azmi telah terpilih sebagai Tokoh Guru.
Azmi :Terima
kasih. Saya bersyukur dan terharu atas pemilihan ini. Saya amat
menghargai
pihak sekolah yang telah memilih saya untuk menerima anugerah ini.
Sazali : Saya
difahamkan bahawa kecemerlangan Encik Azmi di sekolah berterusan hingga ke
peringkat universiti. Siapakah yang memberi dorongan kepada Encik Azmi?
Azmi :Ibu
bapa saya yang menjadi pendorong utama atas kejayaan saya. Mereka
sentiasa menggalakkan saya berusaha sehingga berjaya
ke universiti. Bapa mengharapkan saya meneruskan cita-citanya yang tidak
tercapai.
Sazali :Saya
ingin tahu mengapa Encik Azmi meminati bidang sains?
Azmi :Sebenarnya saya meminati bidang sains kerana guru-guru
yang mengajar saya telah mendorong saya sehingga saya tertarik hati dalam
bidang itu. Mereka sering mengaitkan sains dalam kehidupan seharian. Saya juga
banyak membaca buku berkaitan sains dan sentiasa berfikir tentang sesuatu
kejadian.
Sazali : Kebanyakan
murid kurang meminati mata pelajaran Sains. Bagaimana Encik Azmi berjaya
menguasai bidang ini sehingga menjadi pakar?
Azmi :Sebenarnya
sains tidak begitu sukar. Pelajar perlu mengetahui cara dan teknik yang betul
untuk mempelajari sains. Saya banyak membuat latihan dan uji kaji, mencatat isi
penting semasa membaca serta melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan. Saya
juga menyediakan jadual waktu belajar.
Sazali :Apakah
nasihat Encik Azmi kepada murid-murid?
Azmi :Saya
berseru kepada mereka supaya berani menyahut cabaran masa kini yang
mementingkan bidang sains. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Sazali : Saya bagi pihak majalah sekolah mengucapkan
terima kasih atas kesudian
Encik Azmi ditemu bual. Semoga kejayaan Encik
Azmi akan menjadi contoh kepada murid-murid sekolah ini.
Azmi :Sama-sama.
Saya harap murid-murid sekolah ini akan sentiasa beroleh kejayaan cemerlang
yang berterusan.
a. Sazali menemu ramah
__________________________________________________________.
[ 1 markah ]
b. Mengapakah
Encik Azmi mengatakan sains itu penting pada masa sekarang?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan
petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
Encik
Azmi menghargai pemilihannya sebagai Tokoh Guru.
|
Guru telah menimbulkan
minat Encik Azmi untuk belajar sains.
|
Betul
|
Encik Azmi telah
mempelajari sains dengan pelbagai kaedah.
|
||
Salah
|
||
Bapa Encik Azmi pernah
menuntut di universiti yang sama.
|
||
[ 2 markah ]
Soalan 24
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
Tepat
pukul 1.20 petang loceng tamat waktu persekolahan telah berbunyi. Cikgu Rahman meminta murid-murid 4 Rajin
membersihkan terlebih dahulu kekotoran yang ada sebelum meninggalkan kelas.
Setiap hari loceng tamat waktu persekolahan berbunyi pada pukul 1.20 petang
kecuali pada hari Jumaat iaitu pukul 12.45 tengah hari. Sudah menjadi kebiasaan bagi murid-murid
kelas 4 Rajin akan membersihkan dan mengemaskan kelas mereka sebelum pulang ke
rumah.
“Kita
perlu menjaga kebersihan kelas, agar kita semua boleh belajar dengan selesa dan
seronok,” pesan Cikgu Rahman kepada anak-anak murid kelasnya. Setelah
bersama-sama mengemas dan membersihkan kelas, murid-murid 4 Rajin beratur
mengikut barisan. Cikgu Rahman
menasihatkan mereka agar menyiapkan kerja sekolah yang diberi dan berhati-hati
ketika pulang ke rumah.
Setelah
mengucapkan salam dan terima kasih , murid-murid 4 Rajin bersalam dengan Cikgu Rahman. Sebelum melangkah keluar kelas, ketua kelas 4 Rajin, Haziq menutup suis kipas. Kemudian Haziq bersama-sama dengan Azlan dan
Siti menolong Cikgu Rahman membawa buku-buku latihan ke bilik guru. Setelah menolong guru kelas mereka iaitu
Cikgu Rahman, Haziq berserta Azlan dan Siti pergi mengambil basikal
masing-masing di pondok basikal dan menolak basikal mereka hingga ke pintu
pagar. Murid-murid tidak dibenarkan
mengayuh basikal di dalam kawasan sekolah.
Sebelum melintas jalan, Haziq dan rakan-rakannya memandang kiri dan
kanan. Setelah memastikan semuanya selamat, mereka melintas jalan dan mengayuh
basikalnya dengan berhati-hati.
a. Guru kelas Tahun 4 Rajin ialah . [ 1 markah ]
b. Apakah pesanan Cikgu Rahman kepada anak-anak
muridnya?
____________________________________________________ [
2 markah ]
c. Berapa orangkah yang menolong Cikgu Rahman
membawa buku-buku latihan ke bilik guru?
______
[ 2 markah
]
d. Berdasarkan petikan cerita di atas, apakah antara peraturan
sekolah yang perlu dipatuhi oleh setiap murid?
______
[ 3 markah ]
Soalan
25
Baca puisi di bawah ini,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Nasib Bumiku
Bumi
yang kusayangi,
tandus
dirimu dirobek insan rakus,
menebal
rinduku,
pada
keindahanmu yang ternoda,
kehijauan
yang lenyap,
kesegaran
yang lesap.
Bumi
yang kukasihi,
khazanah
hartamu dirampas keras,
kecacatan
dirimu kekayaan mereka,
kehancuran
dirimu kemajuan mereka,
namun,
kemuramanmu tak dihiraukan mereka,
kemenangan
mereka kekecewaanku,
kemusnahan
dirimu menyayat jiwaku.
Bumi
yang kucintai,
azam
kupasakkan di sanubari,
tak
mungkin dirimu kubiarkan merana,
kerana
baktimu sangat bermakna,
selagi
kudrat masih berbaki,
dirimu
akan kudandani,
dengan
hijaunya pepohon merimbun,
dengan
serinya bebunga mewangi,
agar
keindahanmu mekar kembali,
sampai
akhir nanti.
|
a. Apakah yang dirindui oleh penyajak?
___________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
b. Apakah tekad penyajak?
_________________________________________________________________________________
[ 1 markah ]
c. Tandakan ( _/ ) bagi pernyataan yang betul
dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.
Menggalakkan
anggota masyarakat menanam pelbagai jenis pokok.
|
|
Mendorong
anggota masyarakat menerokai hutan.
|
|
[ 1 markah ]
Bumi
yang kusayangi,
tandus
dirimu dirobek insan rakus,
|
d. Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
[ 3 markah ]
No comments:
Post a Comment